Tujuan

Memperkenalkan aplikasi canva.com kepada para peserta yang boleh digunakan untuk menghasilkan poster.

Aktiviti

Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk mengikuti kelas penghasilan poster Merdeka menggunakan aplikasi canva.com.

Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi canva.com, sebelum mendaftar akaun menggunakan emel yang dibekalkan. Para peserta kemudiannya ditunjukkan demo mengedit poster mengginakakn template sedia ada. Mereka kemudiannya diberi kebebasan untuk menghasilkan poster masing-masing menggunakan tema 'Merdeka'.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

 Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Adobe Photoshop dan Filmora kepada peserta, di samping menjalankan program advokasi Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar universiti telah mengikuti program cuti sekolah di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Kelas dimulakan dengan sesi tayangan video dan taklimat Klik Dengan Bijak kepada para peserta.

Para peserta kemudiannya diajar menggunakan aplikasi Adobe Photoshop untuk membuat poster. Antara teknik yang diajar termasuklah memasukkan gambar latar poster, memasukkan dan mengedit tulisan, mengedit gambar, clipping mask dan sebagainya.

Satu jam terakhir pula digunakan untuk mengajar kelas asas pengeditan video menggunakan aplikasi Filmora. Peserta diberi peluang merasai pengalaman mengedit video menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

 

Tujuan

Membantu usahawan menjana pendapatan sampingan melalui program E-Rezeki.

Aktiviti

Seorang peserta telah datang ke Pusat Internet Kg Lbaohan Dagang untuk mengikuti program E-Rezeki. Peserta mendapat maklumat tentang program ini melalui video promosi di laman Youtube dan telah mencari tempat latihan E-Rezeki yang terdekat.

Peserta diberi taklimat ringkas tentang program E-Rezeki serta dipertonotn dengan tayangan video tentang E-Rezeki. Peserta kemudiannya mencipta akaun E-Rezeki dan log masuk ke dalam laman sesawang www.erezeki.my. Peserta kemudaiannya mengemaskini maklumat yang terdapat dalam laman sesawang tersebut.

Dengan tunjuk ajar petugas, peserta telah melakukan beberapa tugasan mikro digital yang ditawarkan di laman sesawang E-Rezeki. Antaranya teramsuklah 8coins dan Moocash. Selepas hampir 3 jam mengikuti kelas, peserta kemudiannya menjawab soalan survey yang disediakan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

 

 

 Tujuan

Memberi latihan ICT dan asas menaip kepada peserta-peserta KEDAP menggunakan aplikasi Rapid Typing Tools.

Aktiviti

Seramai 25 orang peserta yang berdaftar di bawah program KEDAP, Sekolah Kebangsaan Sungai Judah telah mengikuti program Interaksi ICT Bahagian kedua. Program ini merupakan program lanjutan daripada program Interaksi ICT bahagian pertama yang diadakan pada bulan Julai 2018.

Wakil petugas Kluster Kuala Langat telah memberikan penerangan tentang tetikus (mouse) dan papan kekunci (keyboard) yang digunakan untuk menaip. Sesi soal jawab juga berlangsung sepanjang sesi penerangan hampir satu jam di bilik latihan.

Para peserta kemudiannya diberikan latihan asas menaip menggunakan aplikasi Rapid Typing Tools. Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada wakil petugas dan wakil pihak SK Sungai Judah serta penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 5 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti dan Kuiz Dashboar (My Health) yang sedang berlangsung sehingga 31 Ogos 2018.

Aktiviti

Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai Kuiz Dashboard Komuniti yang berlangsung bagi sesi yang kedua.

Para peserta diberi penerangan ringkas tentang  Dashboard Komuniti dan modul My Health yang terdapat di dalamnya. Para peserta kemudiannya menjawab 10 soalan yang telah disiarkan di laman sesawang dashboard.pi1m.my.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________