Tarikh : 16 November 2019 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 26 orang

 

Tujuan

Mempelajari cara penghasilan tempe secara tradisional

Aktiviti

Seramai 26 peserta yang terdiri daripada peserta wanita dan lelaki telah hadir ke Bengkel Pembuatan Tempe yang julung-julung kali dadakan. Program ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh pihak pengurusan kampung dan PI Kg Labohan Dagang untuk mempelbagaikan lagi program-program kemahiran dan keusahawan di Kampung Labohan Dagang. Program ini telah dikendalikan oleh Pn Maskiah Jamin yang selaku tenaga pengajar merangkap pengusaha tempe tradisional di kampung ini. Pn Maskiah memulakan bengkel dengan menerangkan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tempe. Beliau juga menunjukkan langkah demi langkah semasa proses penghasilan tempe serta berkongsi pantang larang yang perlu dipatuhi bagi memastikan tempe yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak rosak. Para peserta kemudiannya berpeluang untuk merasai pengalaman membungkus tempe menggunakan daun. Sebelum bersurai, para peserta diberi buah tangan berupa tempe yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini, di samping sesi penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 3 November 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Merupakan lanjutan kepada kelas asas Microsoft Powerpoint yang diadakan pada bulan lepas.

Aktiviti

Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada oelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir ke kelas pada sesi pagi. Kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas yang berlangsung sebelum ini. Kali ini, peserta dikehendaki menyiapkan slide Powerpoint berkenaan topik Tips Powerpoint dengan menggunakan nota rujukan yang dibekalkan. Beberapa orang wakil peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas menggunakan Sharpboard. Para peserta turut dipertonton dengan video Klik Dengan Bijak bertemakan Hendap Siber dan diberi taklimat tentang bahaya mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 2 November 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Merupakan lanjutan kepada kelas asas Microsoft Powerpoint yang diadakan pada bulan lepas.

Aktiviti

Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada oelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir ke kelas pada sesi pagi. Kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas yang berlangsung sebelum ini. Kali ini, peserta dikehendaki menyiapkan slide Powerpoint berkenaan topik Tips Powerpoint dengan menggunakan nota rujukan yang dibekalkan. Beberapa orang wakil peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas menggunakan Sharpboard. Para peserta turut dipertonton dengan video Klik Dengan Bijak bertemakan Hendap Siber dan diberi taklimat tentang bahaya mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 2 November 2019 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 4 orang

Tujuan

Merupakan lanjutan kepada kelas asas Microsoft Powerpoint yang diadakan pada bulan lepas.

Aktiviti

Seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada oelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir ke kelas pada sesi petang. Kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas yang berlangsung sebelum ini. Kali ini, peserta dikehendaki menyiapkan slide Powerpoint berkenaan topik Tips Powerpoint dengan menggunakan nota rujukan yang dibekalkan. Beberapa orang wakil peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas menggunakan Sharpboard. Para peserta turut dipertonton dengan video Klik Dengan Bijak bertemakan Hendap Siber dan diberi taklimat tentang bahaya mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 26 Oktober 2019 
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Mengajar tentang cara-cara pembersihan wajah dan asas solekan

Aktiviti

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita telah menyertai Kelas Mekap Asas dan Analisis Kulit di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Program ini telah dianjurkan oleh PWB DUN Dengkil dengan kerjasama Pusat Internet Kg Labohan Dagang. 2 orang Beauty Consultant daripada Mary Kay telah dijemput bagi memberi bimbingan kepada para peserta. Program dimulakan dengan slot pembersihan wajah, di mana para peserta telah diajar cara-cara mencuci muka menggunakan barangan Mary Kay. Mereka kemudiannya diajar cara mengenakan solekan menggunakan alat-alat kosmetik yang disediakan. Majlis disudahi dengan sesi bergambar dan jual beli produk Mary Kay.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________