Tarikh : 3 November 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Merupakan lanjutan kepada kelas asas Microsoft Powerpoint yang diadakan pada bulan lepas.

Aktiviti

Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada oelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir ke kelas pada sesi pagi. Kelas ini merupakan lanjutan daripada kelas yang berlangsung sebelum ini. Kali ini, peserta dikehendaki menyiapkan slide Powerpoint berkenaan topik Tips Powerpoint dengan menggunakan nota rujukan yang dibekalkan. Beberapa orang wakil peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas menggunakan Sharpboard. Para peserta turut dipertonton dengan video Klik Dengan Bijak bertemakan Hendap Siber dan diberi taklimat tentang bahaya mendedahkan maklumat peribadi di laman sosial.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________