Tarikh | : 20 Oktober 2019 (Petang) |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Merupakan lanjutan kepada kelas asas Microsoft Word Bahagian 2 yang diadakan pada bulan lepas.
Aktiviti
Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai program kali ini. Sebelum kelas dimulakan, para peserta diberi taklimat dan dipertonton tayangan video pendek berkaitan Buli Siber. Para peserta diminta memberikan pendapat masing-masing berdasarkan video yang ditonton. Seterusnya, para peserta diperkenalkan dengan fungsi tab Insert yang terdapat dalam Microsoft Word. Tab Insert membolehkan para peserta memasukkan jadual, gambar, clip art, bentuk dan graf pada Microsoft Word. Para peserta kemudiannya diberi tugasan untuk memasukkan jadual, gambar, clip art dan bentuk.
_____________________________________________________________________________________