Tarikh : 16 November 2019 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 26 orang

 

Tujuan

Mempelajari cara penghasilan tempe secara tradisional

Aktiviti

Seramai 26 peserta yang terdiri daripada peserta wanita dan lelaki telah hadir ke Bengkel Pembuatan Tempe yang julung-julung kali dadakan. Program ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh pihak pengurusan kampung dan PI Kg Labohan Dagang untuk mempelbagaikan lagi program-program kemahiran dan keusahawan di Kampung Labohan Dagang. Program ini telah dikendalikan oleh Pn Maskiah Jamin yang selaku tenaga pengajar merangkap pengusaha tempe tradisional di kampung ini. Pn Maskiah memulakan bengkel dengan menerangkan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tempe. Beliau juga menunjukkan langkah demi langkah semasa proses penghasilan tempe serta berkongsi pantang larang yang perlu dipatuhi bagi memastikan tempe yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak rosak. Para peserta kemudiannya berpeluang untuk merasai pengalaman membungkus tempe menggunakan daun. Sebelum bersurai, para peserta diberi buah tangan berupa tempe yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini, di samping sesi penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________