Tarikh : 26 Oktober 2019 
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Mengajar tentang cara-cara pembersihan wajah dan asas solekan

Aktiviti

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita telah menyertai Kelas Mekap Asas dan Analisis Kulit di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Program ini telah dianjurkan oleh PWB DUN Dengkil dengan kerjasama Pusat Internet Kg Labohan Dagang. 2 orang Beauty Consultant daripada Mary Kay telah dijemput bagi memberi bimbingan kepada para peserta. Program dimulakan dengan slot pembersihan wajah, di mana para peserta telah diajar cara-cara mencuci muka menggunakan barangan Mary Kay. Mereka kemudiannya diajar cara mengenakan solekan menggunakan alat-alat kosmetik yang disediakan. Majlis disudahi dengan sesi bergambar dan jual beli produk Mary Kay.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________