Tarikh | : 2 & 3 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 16 orang |
Tujuan
Bengkel Pengeditan Video yang diadakan untuk meberi pendedahan tentang cara-cara mengedit video kepada para peserta.
Aktiviti
Seramai 17 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai program ini. Para peserta diberi pendedahan dari segi teori dan praktikal tentang cara-cara mengedit video sehingga menjadi sebuah video pendek. Para peserta kemudiannya diberi tugasan secara berkumpulan untuk menyiapkan sebuah video pendek yang bertemakan iklan produk.
_____________________________________________________________________________________
Tarikh | :19 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan
Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti merupakan program khas bulan September 2017 yang bertujuan mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi My Komuniti, My Soal, My Skool, My Health, My Shop, My Place dan sebagainya.
Aktiviti
Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti bagi bulan Ogos telah disertai oleh kira-kira 50 orang pengunjung. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pendaftaran keahlian baru, advokasi PI1M yang merangkumi taklimat Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my dan Mobile e-Waste dan Bengkel Fotografi Produk khusus bagi usahawan-usahawan setempat. Selain itu, turut diadakan beberapa siri pertandingan bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan ke-60 seperti kuiz, pertandingan puisi, poster dan gubahan bendera.
_____________________________________________________________________________________
Tarikh | :5 Ogos 2017 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan
Bertempat di Pusat Internet Kg Labohan Dagang, program eRezeki yang disertai oleh 9 orang peserta ini bertujuan untuk memperkenalkan tentang program eRezeki, di samping membantu mereka menjana pendapatan sampingan melalui platform atas talian.
Aktiviti
Program dimulakan dengan advokasi Klik Dengan Bijak, khusus bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah. Para peserta kemudiannya dipertonotn sebuah video mengenai kejayaan peserta yang menyertai program eRezeki. Mereka kemudiannya mendengar penerangan mengenai program eRezeki yang disampaikan oleh petugas. Para peserta kemudiannya melengkapkan pendaftaran secara online dan mencuba tugasan-tugasan yang terdapat di dalam laman web yang disediakan.
_____________________________________________________________________________________
Tarikh | :6 Ogos 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 22 orang |
Tujuan
Memperkenalkan tentang proses penghasilan sesebuah video dari peringkat pra-penerbitan, penerbitan dan pasca-penerbitan, di samping peralatan dan teknik-teknik penggambaran yang sering digunakan.
Aktiviti
Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti Bengkel Skrip ke Skrin di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Antara modul yang diajarkan termasuklah asas penerbitan video, asas penulisan skrip, asas rakaman video, asas lakonan dan asas pengeditan video yang dikendalikan oleh penolong pengurus.
_____________________________________________________________________________________
LAPORAN AKTIVITI PI KG LABOHAN DAGANG
BULAN JULAI 2017
TARIKH | PROGRAM / AKTIVITI | LAPORAN AKTIVITI | GAMBAR AKTIVITI |
16 JULAI 2017 |
Program Mesra Aidilfitri 2017 |
Laporan Aktiviti | Gambar Aktiviti |
29 JULAI 2017 |
Kelas Asas Komputer (Microsoft Excel) |
Laporan Aktiviti | Gambar Aktiviti |