Tarikh : 2 & 3 Disember 2017
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 11 orang

 

Tujuan

Kelas Animasi Powtoon merupakan salah satu pengisian program cuti sekolah. Kelas ini diadakan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, khusus bagi memperkenalkan aplikasi PowToon kepada mereka.

 

Aktiviti

Kira-kira 19 orang peserta menghadiri Kelas Animasi PowToon yang diadakan selama dua hari. Program dimulakan dengan advokasi Klik Dengan Bijak, khusus untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah. Para peserta kemudiannya diperkenalkan dengan aplikasi PowToon yang dapat membantu mereka menghasilkan slide persembahan yang lebih menarik. Kemudian, setiap peserta diberi tugasan menyiapkan slide pembentangan berdasarkan topik yang diberi. Rata-rata peserta memberikan respon positif kerana dapat mempelajari animasi PowToon yang menyeronokkan.

DSCN2485

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 25 November 2017
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 50 Orang

 

Tujuan

Hari Dashboard Komuniti yang berlangsung pada 25 November 2017 bertujuan untuk mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi My Komuniti, My Soal, My Skool, My Health, My Shop, My Place dan sebagainya. Di samping itu juga, program ini menjadi medium bagi memperkenalkan kemudahan saringan kesihatan di bawah program KOSPEN-PI1M kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

Program kali ini disertai kira-kira 50 orang peserta, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pemeriksaan kesihatan, ceramah pemakanan sihat, pertandingan fotografi produk, pertandingan menu sihat bertemakan sandwich, bola beracun, jejari pantas dan sebagainya. Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuklah Klinik Kesihatan Bukit Changgang dan Klinik Desa Kg Labohan Dagang.

IMG 20171125 122016

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 23 September 2017
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 100 Orang

 

Tujuan

Hari Dashboard Komuniti merupakan program khas bulan September 2017 yang bertujuan mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti yang merangkumi My Komuniti, My Soal, My Skool, My Health, My Shop, My Place dan sebagainya.

 

Aktiviti

Program kali ini disertai kira-kira 100 orang peserta, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, bengkel fotografi produk, pertandingan teka silangkata, sudoku, layang-layang dan menaip pantas. Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuklah Klinik Kesihatan Bukit Changgang, KOSPEN Labohan Dagang, JKKK Kg Labohan Dagang dan AIM Labohan Dagang.

 

23092017DASHBOARD1

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 7 Oktober 2017
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 11 Orang

 

Tujuan

Program Dashboard Komuniti (My Komuniti) yang diadakan pada 7 Oktober 2017 adalah bertujuan untuk mempromosikan pertandingan Kuiz Dashboard yang dianjurkan melalui aplikasi Dashboard Komuniti. Para peserta berpeluang menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

 

Aktiviti

Seramai 11 orang pelajar telah mengikuti Kuiz Dahsboard yang diadakan pada 7 Oktober 2017. Program dimulakan dengan sesi advokasi Klik Dengan Bijak, khusu bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah. Para peserta kemudiannya mendaftar masuk ke dalam sistem dashboard dan mula menjawab kuiz yang tertera.

 

DSCN2263

_____________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 21 September 2017
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 20 Orang

 

Tujuan

Kelas Mewarna Online ini merupakan salah satu pengisian bagi program pra-Hari Dashboard Komuniti.  Program ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tadika tentang penggunaan komputer dan pembelajaran interaktif secara online.

 

Aktiviti

Program ini disertai kira-kira 20 orang pelajar dari Tadika KEMAS Layang Labi, Kg Labohan Dagang. Kelas ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama adalah bagi peserta berusia 5 tahun, manakala sesi kedua adalah bagi peserta 6 tahun. Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang. Para peserta kemudiannya diberi peluang untuk mewarna secara online melalui laman web uptoten.com

 

DSCN1998

 

_____________________________________________________________________________________