Tarikh : 23 April 2018 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang


Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Microsoft Office (Excel) kepada peserta yang dapat digunakan untuk aktiviti harian dan kerja-kerja pejabat.

Aktiviti

Seorang peserta mengikuti Kelas Asas Komputer (Microsoft Excel). Kelas yang diikuti adalah untuk menambahkan lagi kemahiran peserta dalam penggunaan komputer. Peserta diberi tugasan menaip dan menghasilkan borang pendaftaran menggunakan Microsoft Excel. Melalui kelas ini, peserta dapat menggunakan aplikasi Microsoft Excel, bukan sahaja untuk membuat kerja-kerja perakaunan, tetapi juga menghasilkan surat dan borang yang lebih tersusun dan kemas.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 10 April 2018 (Selasa)
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang


Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Microsoft Office (Word) kepada peserta yang dapat digunakan untuk aktiviti harian dan kerja-kerja pejabat.

Aktiviti

Seorang peserta mengikuti Kelas Asas Komputer (Microsoft Word). Kelas yang diikuti adalah untuk menambahkan lagi kemahiran peserta dalam penggunaan komputer. Peserta diberi tugasan menaip dan menghasilkan poster berdasarkan contoh yang diberi. Melalui kelas ini, peserta dapat menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk menghasilkan surat dan menaip kerja-kerja lain menggunakan komputer.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 9 April 2018 
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 2 orang


Tujuan

Melatih surirumah menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dan perniagaan online.

Aktiviti

Seramai 2 orang surirumah yang berminat untuk menceburkan diri sebagai usahawan telah berkunjung ke PI1M Kg Labuhan Dagang. Pesreta telah diberi pendedahan tentang aspek-aspek penting dalam sesebuah perniagaan online, serta diberi latihan mengambil foto produk menggunakan mini studio yang telah disediakan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 24 Mac 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 12 orang


Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan dan mengedit video.

Aktiviti

Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Belia Bukit Changgang telah mengikuti Bengkel Penghasilan dan Pengeditan Video Pendek. Program dimulakan dengan sesi advokasi Klik Dengan Bijak, yakni taklimat penggunaan internet secara berhemah. Program disusuli dengan pengenalan kepada Penerbitan Video, merangkumi fara Pra-Penerbitan, Penerbitan dan Pasca-Penerbitan. Peserta kemudiannya diajar tentang cara mengedit video menggunakan aplikasi Filmora.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________