Tarikh :5 Ogos 2017
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Bertempat di Pusat Internet Kg Labohan Dagang, program eRezeki yang disertai oleh 9 orang peserta ini bertujuan untuk memperkenalkan tentang program eRezeki, di samping membantu mereka menjana pendapatan sampingan melalui platform atas talian.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan advokasi Klik Dengan Bijak, khusus bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah. Para peserta kemudiannya dipertonotn sebuah video mengenai kejayaan peserta yang menyertai program eRezeki. Mereka kemudiannya mendengar penerangan mengenai program eRezeki yang disampaikan oleh petugas. Para peserta kemudiannya melengkapkan pendaftaran secara online dan mencuba tugasan-tugasan yang terdapat di dalam laman web yang disediakan.

 

DSCN1579

_____________________________________________________________________________________