Tarikh : 24 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 9.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 17 orang

Tujuan

Mengajar para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar tadika dan pelajar sekolah rendah tentang cara memberus gigi dengan betul.

 

Aktiviti

Kira-kira 17 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar tadika dan pelajar sekolah rendah telah menyertai sesi berus gigi beramai-ramai. Sesi berus gigi beramai-ramai ini telah dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Para peserta diminta untuk membawa kelengkapan memberus gigi seperti berus gigi, cawan dan ubat gigi dari rumah. Para peserta kemudiannya diberi penerangan tentang kepentingan memberus gigi. Mereka kemudiannya melakukan aktiviti memberus gigi beramai-ramai mengikut teknik yang betul.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 24 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 66 orang

Tujuan

Membuat saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti

Lebih 60 komuniti setempat telah menjalani saringan kesihatan secara percuma yang dadakan bersempena dengan program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan bersama Pusat Internet Kg Labohan Dagang ada 24 Ogos yang lalu. rogram saringan kesihatan secara percuma ini telah mendapat kerjasama daripada Skuad Operasi Sihat daripada Pharmaniaga Berhad. Kira-kira 14 orang sukarelawan daripada  Skuad Operasi Sihat telah membantu menjalankan saringan kesihatan ke atas penduduk setempat, merangkumi saringan B.M.I, tekanan darah dan bacaan glukos. 50 peserta terawal yang menjalani saringan kesihatan menerima goodies istimewa dari Pusat Internet Kg Labohan Dagang.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 18 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Pertandingan Artikel Online bersempena dengan pra-Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan bersama Pusat Internet.

Aktiviti

Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah menyertai ertandingan menulis artikel online dengan tajuk 'Pusat Internet di Hatiku'. Pertandingan ini merupakan pra-program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan dan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti bagi memuatnaik artikel. Para peserta dikehendaki menghasilkan artikel mengikut tajuk diberi dengan panjang artikel antara 200 hingga 250 patah perkataan. Kesemua peserta memberikan pendapat masing-masing tentang Pusat Internet dan berkongsi pengalaman mereka sepanjang menggunakan perkhdimatan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Keputusan diumumkan pada 24 Ogos 2019, yang mana 3 orang peserta dengan artikel terbaik dipilih sebagai pemenang.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 24 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 20 orang

Tujuan

Memupuk amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti senamrobik dan salsation yang diadakan

Aktiviti

Seramai lebih kurang 20 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita telah menyertai aktiviti senamrobik dan salsation yang diadakan di perkarangan Pusat Internet Kg Labohan Dagang pada 24 Ogos yang lepas. Aktiviti senamrobik dan salsation ini telah dikendalikan oleh S.I Rehan dari Star Fitness. Dengan membawa tema Merdeka, para peserta mengenakan pakaian sukan dan tudung berkonsepkan Jalur Gemilang. Aktiviti senamrobik ini dilakukan kira-kira sejam dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peserta.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 4 Ogos 2019 (Pagi)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Microsoft Word kepada para peserta.

Aktiviti

Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai program kali ini. Sebelum kelas dimulakan, mereka diberi penerangan tentang Mobile e-Waste daripada petugas. Mereka kemudiannya diminta membuka aplikasi Microsoft Word di komputer masing-masing. Mereka dikehendaki menaip setiap istilah yang diberikan oleh petugas dan diberi penerangan tentang istilah-istilah tersebut. Antaranya termasuklah highlight, bold, italic, underline dan sebagainya yang sering digunakan dalam Microsoft Word.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________