Tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Latihan Pengukuhan Microsoft Word sebelum peserta mempelajari modul berikutnya.

Aktiviti

Seramai 6 orang peserta telah mengikuti siri Latihan Pengukuhan Microsoft Word yang diadakan pada pagi Sabtu. Sebagai permulaan kelas, para peserta diberi taklimat tentang Mobile e-Waste serta pertandingan kitar semula yang sedang berlangsung hingga 23 Ogos nanti. Para peserta kemudiannya dibekalkan buku Intel Easy Step dan ditugaskan untuk menaip beberapa tugasan yang terdapat dalam buku tersebut. Tujuan latihan pengukuhan ini diakadakan adalah bagi menguji sejauh mana penguasaan para peserta dalam penguunaan Microsoft Word sebelum mereka beralih ke modul berikutnya, iaitu Microsoft Power Point.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 21 Julai 2019 (Ahad)
Masa : 2.30 pm - 5.30 pm
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 11 orang

Tujuan

Merupakan sambungan bagi kelas asas menaip yang dijalankan sebelum ini.

Aktiviti

Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti Kelas Asas Menaip Bahagian 2. Untuk kelas kali ini, peserta dibekalkan buku Intel Easy Steps sebagai bahan rujukan. Mereka dikehendaki menaip tugasan yang terdapat dalam buku tersebut menggunakan aplikasi Notepad.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Melatih peserta menggunakan tetikus melalui aktiviti melukis secara atas talian (online)

Aktiviti

Seramai 9 orang peserta telah hadir ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk mengikuti Kelas Asas Melukis Online. Kelas ini membolehkan para peserta memaksimakan penggunakan tetikus sebagai salah satu proses pembelajaran. Kelas dimulakan dengan slot advokasi Sebenarnya.my di mana para peserta diberi penerangan tentang isu penyebaran berita palsu dan bagaimana menyemak kesahihan sesuatu berita. Para peserta kemudiannya diterangkan tentang fungsi dan penggunaan tetikus dengan betul. Setiap peserta dikehendaki melayari laman sesawang https://site.youidraw.com/painter/html dan diminta menghasilkan beberapa jenis lukisan seperti yang diarahkan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 21 Julai 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Merupakan sambungan bagi kelas asas menaip yang dijalankan sebelum ini.

Aktiviti

Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti Kelas Asas Menaip Bahagian 2. Untuk kelas kali ini, peserta dibekalkan buku Intel Easy Steps sebagai bahan rujukan. Mereka dikehendaki menaip tugasan yang terdapat dalam buku tersebut menggunakan aplikasi Notepad.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan tentang komputer dan asas menaip

Aktiviti

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti Kelas Asas Komputer bertempat di PI Kg Labohan Dagang. Sebelu memulakan kelas, para peserta diberi taklimat dan menonton video berkisar tentang Klik Dengan Bijak. Para peserta diberi pengenalan tentang komputer serta perkakasan berkaitan komputer. Mereka kemudiannya diajar cara menghidup dan menutup komputer selepas digunakan. Mereka kemudiannya diajar tentang asas dan teknik menaip menggunakan aplikasi Rapid Typing Tools. 

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________