USAHAWAN (BAKERI)

Nama : Azlina Binti Darham
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Azlina merupakan usahawan wanita yang menghasilkan aneka produk berasaskan bakeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azlina sudah beberapa tahun menceburkan diri dalam dunia bakeri. Beliau kerap mempromosikan perniagannya di media sosial. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengetahui cara memperbaharui lesen syarikat serta melaukan aktiviti perbankan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI Kg Labohan Dagang, beliau sering mendapatkan bantuan petugas tentang cara-cara penggunaan internet. Antaranya termasuklah memperbaharui lesen SSM secara online. Jika sebelum ini, beliau perlu pergi ke pejabat SSM untuk memperbaharui lesen SSM, kini beliau hanya perlu berkunjung ke PI Kg Labohan Dagang untuk berbuat demikian. Hal ini memudahkan urusan dan menjimatkan masa.

AZLINA