MICROSOFT OFFICE 

Nama : Noor Nadiya Binti Lamri
Umur : 21 tahun
Ahli : 5 Februari 2018

Latar Belakang

Saudari Noor Nadiya merupakan pelajar lepasan sekolah yang mencari peluang pekerjaan. Beliau telah ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah syarikat swasta di KLIA. Walau bagaimanapun, syarat untuk bekerja di sana ialah beliau perlu mempunyai asas dalam penggunan komputer.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Saudari Noor Nadiya kerap menemani ibu di tempat kerja. Apabila menerima tawaran untuk bekerja di tempat yang sama, saudari Noor Nadiya berdepan dnegan masalah apabila tidak mahir menggunakan komputer. Bakal majikan Noor Nadiya menyarankan agar beliau mengikuti kelas komputer terlebih dahulu dan belajar asas penggunaan komputer. Hal ini kerana skop tugasan yang bakal dilakukan nanti banyak menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Saudari Noor Nadiya mula mengikuti beberapa kelas komputer di PI Kg Labohan Dagang. Antara kelas yang diikuti termasuklah kelas Microsot Word, Excel dan Power Point. Beliau telah diajar cara-cara membuat surat rasmi, mengisi borang dan membuat kira-kira menggunakan Excel serta menghasilkan slide persembahan menggunakan Power Point. Selain itu juga, Noor Nadiya terlibat dengan aktiviti KOSPEN - PI Kg Labohan Dagang. Beliau telah menjadi sukarelawan bagi dua program saringan yang diadakan di sekitar kampung.

NADIYA

______________________________________________________________________________