CV080408

SUMBER : Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

#DudukRumah

#StayAtHome

CV080409

SUMBER : Laman Facebook KWSP

#DudukRumah

#StayAtHome

 

CV080410

BEKALAN UBAT MELALUI PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI FARMASI (VALUE ADDED SERVICES: VAS) DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia amat memandang serius kepentingan kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang telah diberikan. Justeru, bagi memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit ini tidak terganggu di samping penjarakan sosial dikekalkan, pihak kementerian amat menggalakkan pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik supaya menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services, VAS) yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara perkhidmatan VAS yang ditawarkan adalah:

i. Ubat Melalui POS (UMP)
ii. Farmasi Pandu Lalu
iii. Locker4U, DAN
iv. Sistem Temujanji Farmasi (Cth: Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya)

Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.

Untuk makluman semua, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP adalah sebanyak RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Kos ini ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai (cash on delivery) kepada pihak Pos Malaysia, semasa pesakit menerima bekalan ubat.

Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April 2020 hingga 30 Jun 2020, iaitu bagi tempoh 3 bulan, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat-ubat yang boleh dibekalkan melalui perkhidmatan UMP ini adalah ubat-ubat biji seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8⁰C, pesakit disarankan untuk menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan VAS yang disediakan, pesakit diminta untuk menghubungi unit farmasi di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menerima rawatan untuk didaftarkan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum).

SUMBER : Laman Facebook Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia)