Tarikh | : 24 November 2019 (Sabtu) |
Masa | : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Mempelajari cara menghasilkan poster menggunakan Microsoft Powerpoint dan Google Image
Aktiviti
Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menghadiri kelas Microsoft Powerpoint Bahagian keempat. Kelas ini merupakan lanjutan bagi siri kelas Microsoft Powerpoint yang diadakan sebelum ini. Sebelum memulakan kelas, para peserta telah mendengar taklimat advokasi mengenai Check Your Label. Para peserta dipertontonkan dengan sebuah video pendek dan diminta memberikan pandangan masing-masing tentang Check Yor Label. Para peserta kemudiannya diminta membuka lembaran Microsoft Powerpoint di komputer masing-masing. Mereka diajar cara mendapatkan warna latar poster dan gambar bersesuaian dari Google Image. Mereka diberi tugasan menghasilkan poster mengikut tema bebas.
_____________________________________________________________________________________