Tarikh : 24 Ogos 2019 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 12 orang

Tujuan

Mengajar cara menggubah bunga orkid sebagai hiasan.

Aktiviti

Seramai 12 orang peserta telah menyertai bengkel dan pertandingan gubahan orkid yang diadakan bersempena program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan. Program ini telah dikendalikan oleh Pn Normala Binti Mohd Razdi selaku tenaga pengajar jemputan. Bahan-bahan gubahan orkid telah disediakan oleh Pusat Internet Kg Labohan Dagang selaku penganjur. Para peserta dibenarkan membawa aksesori sebagai hiasan tambahan. Para peserta ditunjukkan demo cara menggubah bunga orkid yang ditunjukkan oleh Pn Normala. Kemudian, mereka mempraktikkannya menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan. Tiga pemenang dengan gubahan bunga orkid terbaik telah dipilih sebagai pemenang.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________