Tarikh : 1 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Membantu peserta mengemaskini maklumat dalam resume serta membuat permohonan jawatan kosong secara atas talian

Aktiviti

Seorang peserta lepasan STPM telah hadir ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk mendapatkan bantuan tentang hala tuju selepas STPM. Peserta diberi pendedahan tentang pilihan-pilihan yang boleh dibuat bagi pelajar lepasan STPM, sama ada membuat permohonan kemasukan ke universiti atau membuat permohonan pekerjaan melalui laman-laman sesawang yang disediakan. Peserta diminta untuk mengemaskini maklumat pendidikan dalam resume, selain mengemaskini permohonan dalam sistem UPU. Peserta kemudiannya diberio penerangan tentang laman sesawang SPA untuk memohon jawatan kosong dalam kerajaan. Peserta mengemaskini maklumat-maklumat yang diperlukan dan memilih jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan, bersesuaian dengan kelulusan.;

Gambar Di Sini

____________________________________________________________________________________