Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dikonsumsi oleh masyarakat tertentu, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya makanan tradisi amat diyakini berkhasiat, beraneka pilihan makanan tradisional, seperti karipap, nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Disamping berkhasiat, makanan tradisional juga mengandung bahan-bahan yang bervitamin, bergizi tinggi, serat, murah dan mudah didapat, sesuai dengan selera masyarakat setempat .

Makanan tradisional juga dipengaruhi oleh kebiasaan makan masyarakat dan menyatu di dalam sistem sosial budaya berbagai golongan etnik dan kaum di daerah-daerah. Makanan tersebut disukai , kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai dengan seleranya. Kebiasaan makan khas daerah tidak mudah berubah, walaupun mereka berpindah ke bandar atau ketempat lain. Antara makanan yang biasa di dapati di kampung-kampung adalah seperti berikut:

MAKANAN TRADITIONAL
1) Cekodok bilis (jemput) & Lempeng Biasa & Lempeng kelapa (Sarapan Pagi @ Minum Petang)

    
2) Nasi Ambeng & Pecal (Ketika Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran) Sinomin dengan masyarakat Melayu Jawa.

                      

 3) Ulam-ulam (timun, Terung pipit, petai, jering dan sebaigainya) & Sambal Belacan.

                              

  4) Tempe Goreng @ Sambal & Begedel.