Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NaDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NaDi. Antara kejayaan yang telah disumbangkan oleh NaDi seluruh Malaysia kepada pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan komuniti setempat adalah seperti berikut :

1. Melahirkan 16,898 usahawan atas talian

2. Membantu 10,962 komuniti celik IT

3. Mempromosikan 9,675 tempat menarik di sekitarnya

4. Menghasilkan 6,343 video kandungan tempatan

 

WAKTU OPERASI 

DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

WAKTU OPERASI

9.00 am - 1.00pm

Beroperasi

1.00 pm – 2.00pm

REHAT

2.00 pm – 6.00pm

Beroperasi