BELIA

          Belia  merupakan aset terpenting negara dan merupakan pewaris kepimpinan masa depan yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Mengikut Dasar Belia Negara, golongan belia terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki atau wanita, berumur dari 15 hingga 40 tahun. Golongan inilah yang merupakan penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Belia di Kg Labohan Dagang biasanya terlibat dalam aktiviti di dalam kampung seperti gotong-royong ketika majlis perkahwinan, bermain kompang dan beriadah pada waktu petang. Jika ada kelapangan, mereka juga akan bermain badminton atau bola sepak di padang bola atau bermain futsal di gelanggang futsal yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang. Secara tidak langsung, penglibatan belia dalam aktiviti sukan ini boleh mengelakkan mereka daripada terjebak ke dalam kegiatan yang tidak berfaedah.

 

KARNIVAL MESRA BELIA JOM KE PUTRAJAYA NEGERI SELANGOR

 TARIKH                        : 25- 27 APRIL 2014

TEMPAT                        : DATARAN SADIMAN KG. BUKIT CHANGGANG

AKTIVITI PROGRAM  :

1: berbalas pantun,

2:futsal,

3:pesembahan dikir barat,

4:gusti lengan,

5:sketsa,

6:nasyid,

7:pidato &

8:batle of the band..