Tarikh : 28 Julai 2022 (Khamis)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Labohan Dagang
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Melatih usahawan menyunting dan memuatnaik video pemasaran menggunakan aplkiasi CapCut

Aktiviti

Seramai 5 orang usahawan telah hadir ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk mengikuti Latihan Keusahawanan - Suntingan Video menggunakan aplikasi CapCut. Kelas ini telah dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Kanchong Darat dan melibatkan usahawan-usahawan yang menjual produk makanan, barangan kecantikan dan bahan bacaan. Sebelum kelas bermula, peserta diberi tayangan video Klik Dengan Bijak. Seterusnya, mereka diperkenalkan dengan aplikasi Cap Cut dan cara menyunting video menggunakan aplikasi tersebut.

Gambar Di Sini

____________________________________________________________________________________