Tarikh : 8 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Kg Labohan Dagang
Peserta : 28 orang

Tujuan 

Memperkenalkan ICT serta mempromosikan kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan di PEDi

Aktiviti

Seramai 28 peserta yang terdiri daripada murid-murid 4, 5 dan 6 tahun dari Tabika Kemas Layang Labi telah menyertai pra-program Hari Bersama Komuniti. Pra-program kali ini memfokuskan aktiviti berasaskan ICT dan mendapat kerjasama daripada Tabika Kemas Layang Labi. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan melakukan aktiviti berbeza secara bergilir-gilir. Kumpulan peserta 6 tahun mengikuti kelas asas menaip Rapid Typing yang diadakan di PEDi Kg Labohan Dagang. Manakala kumpulan peserta 4 dan 5 tahun melakukan aktiviti mewarna di dalam Tabika Kemas Layang Labi. Kemudian, mereka bertukar aktiviti selang sejam kemudian. Program turut dimeriahkan dengan aktiviti meniup belon, tayangan video Klik Dengan Bijak dan menyampaian hadiah. 

Gambar Di Sini

____________________________________________________________________________________