Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 10.00pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Kg Labohan Dagang
Peserta : 8 orang

Tujuan 

Membantu peserta mengenali huruf besar dan huruf kecil serta melatih mereka mewarna secara atas talian

Aktiviti

Seramai 8 orang murid dari Tabika Kemas Layang Labi telah mengikuti kelas Siri Interaktif ICT di PEDi Kg Labohan Dagang. Peserta kali ini terdiri daripada murid 6 tahun dan fokus utama sesi pembelajaran kali ini adalah untuk memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil kepada para peserta. Sebelum eklas bermula, peserta telah diberi tayangan video Klik Dengan Bijak dengan topik Buli Siber. Peserta kemudiannya diminta menulis huruf besar dan huruf kecil pada papan putih yang disediakan. Kemudian, mereka diminta menulisnya kembali menggunakan tetikus dan komputer. Sebelum kelas berakhir, peserta diberi peluang untuk mengadakan aktiviti mewarna secara atas talian.

Gambar Di Sini

____________________________________________________________________________________